Jenis-jenis Trading: Secara Ringkas
Jenis Trading | Apa Maksudnya | Rangka masa | Strategi Teras | Terbaik Untuk |
Intrahari | Membeli dan menjual aset dalam satu hari, tanpa mengekalkannya semalaman | Beberapa minit hingga beberapa jam (hari yang sama) | Alat-alat teknikal, carta yang pantas, signal jangka pendek | Trader aktif dengan fokus pada masa dan pasaran |
Posisi | Strategi jangka panjang berdasarkan trend utama pasaran | Beberapa bulan hingga beberapa tahun | Beli dan peram, trend makro, signal fundamental | Trader yang sabar, dengan mindset lepas tangan |
Scalping | Membuat puluhan urusniaga kecil untuk keuntungan daripada gerakan harga yang kecil | Beberapa saat hingga beberapa minit | Buka tutup posisi dengan tangkas, aliran pesanan, spread tipis | Trader yang pantas dan teliti |
Swing | Memburu pergerakan harga yang berlangsung selama beberapa hari atau minggu | Jangka pendek hingga sederhana | Mengikuti tren, sokongan/rintangan, analisis carta | Trader sambilan atau mereka yang waktunya fleksibel |
Momentum | Menunggang trend yang kuat sehingga ia menunjukkan tanda-tanda memperlahan | Jangka pendek hingga sederhana | Penembusan, lonjakan volum, kekuatan trend | Trader yang bertindak pantas dan suka kemeruapan |
Algoritma | Menggunakan program automasi untuk buka dan tutup urusniaga berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan | Bergantung pada setup | Bot, strategi yang diprogramkan, sistem berkelajuan tinggi | Trader yang celik IT atau trader institusi |
Fundamental | Menggunakan berita ekonomi dan data kewangan untuk menilai nilai aset | Jangka masa sederhana hingga jangka panjang | Laporan perolehan, kadar faedah, trend global | Trader yang mengikuti berita dan data makro |
Teknikal | Menganalisis harga dan pola carta untuk meramal pergerakan masa hadapan | Pelbagai | Indikator, garisan trend, data harga silam | Pemikir visual yang mempercayai signal pasaran |
Strategi trading berdasarkan rangka masa
Perdagangan intrahari (day trading)
Perdagangan intrahari salah satu jenis trading yang paling pantas. Trader membuka dan menutup posisi dalam hari yang sama, atau kadang-kadang dalam beberapa jam atau minit. Mereka biasanya tidak mengekalkan posisi semalaman untuk menghadkan keterdedahan mereka kepada perubahan yang tidak dijangka. Pendekatan ini memerlukan kepantasan, ketepatan, dan analisis yang pantas ke atas data teknikal serta berita pasaran.

Perdagangan posisi (position trading)
Apabila anda memikirkan tentang pendekatan trading jangka panjang, pendekatan ini sering menjadi yang pertama terlintas di fikiran. Perdagangan posisi mengambil kira pergerakan yang berlaku sepanjang beberapa minggu, bulan atau lebih lama. Ia memfokus terutamanya pada trend-trend dalam ekonomi global dan indikator kewangan penting. Pendekatan ini menarik di mata para trader yang tidak gemar terlibat secara terlalu aktif dan mempunyai lebih banyak masa untuk menganalisis gambaran secara lebih luas. Kebanyakan daripada mereka mengikuti perkembangan data-data fundamental untuk menentukan waktu yang terbaik untuk masuk atau keluar dari posisi.
Scalping
Scalping adalah strategi jangka ultra-pendek di mana trader cuba memantau dan menangguk perubahan-perubahan kecil pada harga menerusi berpuluh-puluh urusniaga sehari. Ia sangat intensif, mencabar, dan sesuai bagi mereka yang mempunyai alat dan mindset untuk bergerak dengan pantas. Scalper bertindak dengan pantas dan tangkas, seringkali menutup posisi dalam masa beberapa saat atau minit untuk menimbun kejayaan-kejayaan kecil menjadi keuntungan yang lebih besar. Trading jenis ini memerlukan fokus dan pelaksanaan yang lebih canggih daripada yang lain.
Swing
Tidak seperti intrahari atau scalping, trading gaya swing menawarkan trader lebih banyak ruang untuk berpencak di pasaran. Ia memfokus pada pergerakan harga jangka pendek hingga sederhana yang berlangsung sepanjang beberapa hari atau minggu. Kaedah ini menggabungkan alat teknikal dan berita pasaran supaya anda tidak perlu melihat skrin sepanjang hari. Bagi ramai orang, ini adalah pendekatan yang paling fleksibel daripada semua jenis strategi perdagangan.

Jenis-jenis trading berasaskan strategi
Momentum
Bagi trader yang menghargai kelajuan, "Momentum Trading" adalah gaya trading yang sempurna. Ia mengikuti trend harga yang kukuh dan menyasarkan untuk menangkap keuntungan segera selagi momentum masih ada. Pendekatan ini bergantung terutamanya pada masa, lonjakan volum, dan kekuatan harga untuk menangkap aset-aset yang sedang bergerak. Ia sangat sesuai untuk pasaran yang tidak menentu, di mana arah boleh berubah dengan cepat dan itu membawakan ganjaran segera.
Algoritma
Perdagangan algoritma menggantikan pembuatan keputusan manusia dengan set peraturan automatik. Dengan menggunakan skrip, trader boleh menetapkan syarat terbaik untuk pembukaan dan penutupan urusniaga berdasarkan masa, harga dan volum. Ini membantu menghapuskan emosi dan memberikan pelaksanaan yang tepat serta berkelajuan tinggi. Trader Institusi dan berpengalaman yang lebih mempercayai data berbanding naluri biasanya memilih kaedah ini.
Fundamental
Bagi mereka yang lebih memberikan fokus mereka pada gambaran global berbanding carta harian, perdagangan fundamental adalah pilihan yang lazim. Ia bergantung pada faktor sebenar yang mendorong perubahan nilai — laporan perolehan syarikat, kadar inflasi, dan keputusan bank pusat. Trader menggunakan maklumat ini untuk membandingkan harga pasaran dan mengetahui sama ada harga pasaran suatu aset itu sudah terlebih atau terkurang nilai. Antara pelbagai jenis trading, kaedah ini adalah yang paling hampir dengan peristiwa dunia sebenar dan trend ekonomi global.
Teknikal
Setiap carta ada kisah tersendiri yang mahu ia ceritakan, dan perdagangan teknikal adalah tentang usaha untuk membaca kisah itu dengan baik. Pendekatan ini memberi perhatian pada pola (pattern), indikator dan aras-aras harga untuk menentukan pergerakan pasaran seterusnya. Daripada memberikan fokus pada berita atau data kewangan, ia menganalisis perubahan harga. Kaedah ini popular dalam kalangan trader jangka pendek yang mengutamakan kejelasan visual dan memilih untuk membuat keputusan dengan cepat.
Memilih jenis trading yang betul
Pertimbangkan faktor-faktor utama ini apabila anda mencari gaya yang paling sesuai untuk anda:
Masa. Dalam beberapa kaedah, anda perlu memantau data sepanjang hari, manakala kaedah-kaedah yang lain menawarkan pendekatan yang lebih pasif. Jika anda boleh meluangkan beberapa jam setiap hari, anda mungkin lebih suka gaya yang lebih pantas seperti intrahari atau scalping. Jika masa anda terbatas, trading dengan gaya swing dan posisi mungkin lebih sesuai.
Risiko. Setiap strategi membawa tahap risiko masing-masing. Tidak seperti strategi jangka pendek, pendekatan jangka panjang mungkin nampak lebih selamat. Walau bagaimanapun, mereka tidak kebal daripada dipukul perubahan besar yang negatif di pasaran. Sebelum memilih kaedah anda, tentukan berapa banyak yang anda mampu rugi tanpa menderita akibat tekanan emosi.
Alat. Trading secara manual memerlukan anda kekal fokus dan membuat keputusan dengan pantas. Kaedah algoritma atau automatik lebih memfokuskan pada teknologi dan persiapan awal. Seberapa selesanya anda dengan alat-alat dan perisian analisis akan membantu menentukan setup yang lebih sesuai untuk anda.
Trader juga mempertimbangkan sama ada mereka lebih suka gaya yang berdasarkan rangka masa atau kaedah yang berdasarkan strategi. Sesetengah trader mencampurkan kedua-duanya, tetapi kefahaman yang lebih jelas mengurangkan kekeliruan dan membolehkan keputusan yang lebih bijak dibuat.
Mengapa pengurusan risiko penting dalam pelbagai jenis trading?