Jadi Partner IB FBS, raikan Merdeka, dan terima pendapatan ekstra kerana referral anda.Ketahui lebih lanjut
Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

30 Jul 2025

Asas

Liquidity Trap: Maksud, Contoh, Dan Kesannya Kepada Trading

 Perangkap Kecairan

Pasaran tidak sentiasa mengikuti peraturan biasa, terutamanya ketika keadaan tidak menentu. Salah satu situasi yang paling rumit untuk trader ialah liquidity trap atau perangkap kecairan, apabila ekonomi memperlahan dan wang berhenti bergerak. Tetapi bagaimana itu mempengaruhi trading?

Dalam artikel ini, anda akan mempelajari apa itu perangkap kecairan, cara-cara mengenalinya, dan cara ia boleh mengubah kelakuan pasaran. Kami juga akan menyajikan contoh dunia sebenar dan berkongsi beberapa petua untuk membantu anda menyesuaikan strategi anda apabila pasaran terasa buntu.

Apakah itu perangkap kecairan?

"Perangkap kecairan" adalah istilah yang berasal dari bidang ekonomi yang bermaksud kadar faedah hampir sifar, tetapi orang masih tidak mahu berbelanja atau melabur. Jadi wang tunai menimbun terperam, dan ekonomi menjadi perlahan. Idea itu datang dari ahli ekonomi John Maynard Keynes semasa era Great Depression.

Dalam trading, istilah ini merujuk pada situasi bilamana pasaran tampak aktif, harga bergerak dengan pantas, tetapi sebenarnya tiada apa-apa yang berlaku. Yang anda nampak hanyalah penembusan palsu, kemeruapan sementara yang cepat lenyap (quick fades), dan banyak pergerakan mendatar. Para trader percaya suatu pergerakan besar akan berlaku, tetapi tiada apa-apa yang terjadi.

Kadangkala, saham dengan terapung rendah naik dengan cepat, dan para trader mula membuat jualan singkat, menjangkakan kemerosotan. Tetapi saham tidak jatuh, ia naik lebih tinggi dan memerangkap mereka. Perkara yang sama berlaku dengan trader penembusan: mereka membeli apabila ada pergerakan itu, tetapi harga berhenti bergerak. Itulah perangkapnya: wang ada dalam permainan, tetapi tiada siapa yang benar-benar menang.

Mengapakah perangkap kecairan penting untuk para trader?

Perangkap kecairan mengubah tingkah laku pasaran, dan trader perlu menyedarinya. Signal-signal biasa tidak lagi menolak harga. Kemeruapan berada pada paras terendah, harga tidak menunjukkan trend yang baik, dan trader mungkin mengambil risiko pelaburan yang lebih rendah. Ini diistilahkan sebagai pasaran “risk-off”.

Dalam pasaran seperti ini, trading berfungsi secara berbeza. Terdapat lebih banyak signal palsu dan pergerakan harga yang lebih perlahan. Kearifan tentang cara perangkap kecairan berfungsi membantu trader menyesuaikan diri, kekal fleksibel, dan mengenal pasti peluang-peluang jenis baru.

Mula meneroka pasaran kompleks dengan alatan pintar!

Cara mengenal pasti senario perangkap kecairan

Mengesan tanda-tanda perangkap kecairan adakalanya mencabar, tetapi ada beberapa indikator jelas yang boleh diperhatikan oleh trader dan pelabur. Tanda-tanda amaran ini menunjukkan bahawa, walaupun dengan banyaknya wang dalam sistem dan kadar faedah yang sangat rendah, ekonomi tidak menunjukkan peningkatan.

Di bawah adalah beberapa tanda mudah bahawa perangkap kecairan mungkin sedang berlaku:

  1. Apabila bank pusat menurunkan kadar sehingga sifar atau lebih rendah, biasanya ia bermakna mereka kehabisan pilihan. Jika itu tidak membawa kepada lebih banyak pemberian pinjaman atau inflasi yang lebih tinggi, ia adalah tanda amaran bahawa ekonomi mungkin sedang tersekat.

  2. Apabila kadar faedah jangka panjang hampir sama dengan kadar faedah jangka pendek, ini bermakna pemberi pinjaman tidak menjangkakan pertumbuhan. Ini menunjukkan tahap keyakinan terhadap masa hadapan sedang berada pada paras yang terendah.

  3. Biasanya, apabila Fed atau ECB mengumumkan langkah sokongan baru, pasaran bertindak balas. Tetapi jika tiada apa yang berlaku, ini menunjukkan alat mereka mungkin tidak lagi berkesan.

  4. Jika kadar inflasi pulang modal (breakeven inflation) 5 tahun jatuh, ini bermakna pelabur tidak berfikiran bahawa rangsangan akan membantu. Mereka menjangkakan pertumbuhan yang lemah akan berterusan.

  5. Bank pusat mungkin menambah lebih banyak wang (seperti melalui pelonggaran kuantitatif - QE), tetapi jika bank tidak membuat pinjaman dan orang ramai tidak meminjam, itu adalah tanda senario perangkap kecairan yang jelas.

Kadar faedah yang ditetapkan pada paras terendah semata-mata tidak bererti bahawa ia adalah perangkap kecairan. Ia menjadi petanda perangkap kecairan apabila orang berhenti melabur dan menyimpan wang tunai. Itulah senarionya bilamana ekonomi benar-benar perlahan.

Contoh-contoh dunia sebenar

Perangkap kecairan lebih daripada sekadar teori ekonomi. Ia telah berlaku di negara-negara besar dan berlanjutan selama bertahun-tahun. Kami telah mengumpulkan beberapa contoh paling penting dan berimpak dari sejarah:

Jepun (1990-an–2020-an)

Selepas ekonomi Jepun merosot pada awal 1990-an, negara itu memasuki tempoh pertumbuhan perlahan yang panjang. Bank Jepun menurunkan kadar faedah kepada 0% dan mencetak wang (QE) untuk cuba membantu. Tetapi ekonomi tidak berkembang, ia kekal di bawah 1%.

Walaupun pada tahun 2019, kadar faedah masih -0.1%, yen Jepun kekal kukuh, dan indeks Nikkei 225 belum pulih ke aras puncak tahun 1989. Walaupun dengan sekian banyak usaha, ekonomi Jepun menunjukkan peningkatan yang sedikit selama bertahun-tahun.

Amerika Syarikat (2008–2015)

Selepas krisis 2008, Rizab Persekutuan menurunkan kadar faedah hampir kepada sifar dan melancarkan tiga pusingan besar QE. Tetapi pemulihan itu berlaku dengan perlahan, dan inflasi kekal pada paras terendah. Harga tidak meningkat dengan banyak, dan pasaran saham hanya pulih dengan bantuan kuat daripada kerajaan, bukan hanya daripada kadar yang lebih rendah.

Zon Euro (2015–2023)

Bank Pusat Eropah mencuba kadar faedah negatif, pencetakan wang, dan pinjaman khas kepada bank-bank. Namun, negara-negara seperti Itali, Sepanyol, dan Greece menunjukkan pertumbuhan yang lemah. Inflasi tidak meningkat, dan euro kekal kukuh pada waktu-waktu sukar, menunjukkan bahawa tindakan ini tidak mencukupi untuk meyakinkan pelabur atau mengubah pasaran.

United Kingdom (1997–2011)

Selepas krisis kewangan global, Bank of England menurunkan kadar hampir kepada sifar dan membeli aset untuk membantu ekonomi. Tetapi aktiviti peminjaman tetap lemah, inflasi tidak menentu, dan pertumbuhan perlahan. Walaupun dengan kadar yang sangat rendah, harga tidak stabil.

United Kingdom (1997–2011)

Melihat contoh-contoh lalu membantu anda melihat tanda-tanda amaran awal-awal lagi dan membuat pilihan yang lebih baik sebelum pasaran memperlahan.

Bagaimana perangkap kecairan memberi kesan kepada trader

Apabila kadar faedah hampir sifar dan rangsangan tidak berkesan, pola-pola perdagangan Forex biasa menjadi tidak berfungsi, dan risiko baharu muncul. Berikut perkara-perkara yang perlu diperhatikan oleh para trader:

  • Apabila kadar adalah paras terendah di mana-mana, carry trades tidak lagi membuahkan hasil. Matawang hasil tinggi seperti AUD dan NZD kehilangan kelebihan mereka, dan pasangan seperti AUDJPY sering tersekat atau jatuh. Trader berhenti mendapat ganjaran untuk risiko yang diambil.

  • Dalam masa yang tidak menentu, wang mengalir ke ekonomi matawang selamat seperti USD dan JPY. Walaupun berita yang buruk dari A.S. tidak melemahkan dolar. Keselamatan lebih penting daripada data.

  • Sektor-sektor yang berkaitan dengan ekonomi (bank, automotif, dan bahan), seringkali jatuh tertiarap. Pelabur bermain dengan selamat, jadi momentum memudar dan harga kurang bergerak.

  • Pasaran menjadi sunyi apabila langkah-langkah bank pusat kehilangan keampuhannya. Namun ketakutan membengkak di bawah permukaan, dan berita mengejut boleh menyebabkan lonjakan tajam, mengejutkan para trader.

  • Perubahan kadar dan pengumuman QE tidak lagi menggerakkan pasaran seperti dahulu. Para trader mengalihkan fokus mereka kepada langkah-langkah kerajaan seperti rancangan perbelanjaan, infrastruktur, dan potongan cukai, yang mempunyai impak yang lebih besar.

Trading dalam senario perangkap kecairan

Trading semasa perangkap kecairan bermakna pasaran sering bergerak perlahan, dalam arah-arah yang rawak, atau tidak mengikuti pola biasa. Tetapi itu tidak bermakna anda tidak boleh trade, anda hanya perlu lebih taktikal. Berikut ada beberapa tip utama:

Tingkah laku pasaranPetua taktikal
Penembusan besar biasanya gagal, dan trend tidak bertahan lamaTrade dalam julat, bukan ketika penembusan: cari peluang berurusniaga ketika harga memantul-mantul antara sokongan dan rintangan.
Bank pusat kehilangan impakIkuti berita fiskal, bukan hanya bank pusat: pakej-pakej rangsangan, potongan cukai, dan pelan perbelanjaan lebih penting.
Aset seperti USD, JPY, dan CHF sering menjadi lebih kukuhPerhatikan carta tempat aset perlindungan/selamat dan signal-signal risiko seperti VIX, DXY, dan kadar hasil 10 tahun untuk menentukan masa yang baik untuk membuka posisi.
Pergerakan boleh bermula dan gagal dengan pantas; Volum mungkin hilangBersiap sedia untuk pergerakan palsu dan aksi perlahan: overtrading memberi kesan yang negatif, jadi tunggu setup yang cantik.

Perkara utama yang perlu diperhatikan oleh trader

Perangkap kecairan jarang-jarang berlaku, tetapi apabila ia berlaku, ia mengubah cara pasaran bergerak. Kadar faedah kekal pada paras terendah, kemeruapan menjadi lebih kecil, dan langkah-langkah bank pusat kurang berkesan. Dalam waktu seperti ini, trader perlu berhenti menumpukan perhatian hanya pada bank pusat dan mula memerhati perbelanjaan kerajaan, pelan cukai, dan berita fiskal lain. Daripada mengejar tren, adalah lebih baik untuk mencari setup julat antara sokongan dan rintangan.

Jika Fed membuat pengumuman besar dan pasaran hampir tidak memberi reaksi, ia bukan tanda kekuatan, tetapi amaran. Itulah masanya bilamana para trader yang pintar menampakkan kelebihan mereka dengan mengesan perubahan lebih awal.

FBS memberi anda alat untuk trade dengan lebih bijak dalam pasaran yang berkemeruapan rendah. Mulakan sekarang dengan FBS dan kawal situasi!

Kongsi kepada rakan-rakan:

Buka akaun FBS

Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.

FBS di media sosial

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Hubungi kami

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon
store iconstore icon
Dapatkan di
Google Play
store iconstore icon
Dapatkan MT4 di
App Store
store iconstore icon
Dapatkan MT5 di
App Store

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Impak sosial kami

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Pusat Bantuan

Program Partnership

Laman web ini dioperasikan oleh FBS Markets Inc.; No. Pendaftaran 000001317; FBS Markets Inc. berdaftar dengan Financial Services Commission di bawah Securities Industry Act 2021, dengan lesen bernombor 000102/31. Alamat Pejabat: The Bentley, #16 Cor A Street & Princess Margaret Drive, Belize City, Belize.

FBS Markets Inc. tidak menawarkan servis kewangan kepada pemastautin di negara-negara tertentu, termasuk, namun tidak terhad kepada: Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, UK, Israel, Republik Islam Iran, Myanmar.

Transaksi pembayaran diuruskan oleh HDC Technologies Ltd.; No. Pendaftaran HE 370778; Alamat didaftarkan: Arch. Makariou III & Vyronos, P. Lordos Center, Block B, Office 203, Limassol, Cyprus. Alamat tambahan: Office 267, Irene Court, Corner Rigenas and 28th October street, Agia Triada, 3035, Limassol, Cyprus.

Nombor untuk dihubungi: +357 22 010970; nombor tambahan: +501 611 0594.

Untuk bekerjasama, sila hubungi kami menerusi [email protected].

Amaran risiko: Sebelum anda mula berdagang, anda perlu memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan pasaran matawang dan perdagangan menggunakan margin, dan anda harus akur dengan tahap pengalaman anda.

Sebarang penyalinan, penghasilan semula dan penerbitan semula sebarang bahan dari laman web ini termasuk apa-apa sumber internetnya, dibolehkan hanya selepas mendapat keizinan bertulis sahaja.

Maklumat yang terdapat pada laman web ini bukanlah nasihat pelaburan, syor atau ajakan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti pelaburan.