Apakah itu disiplin dalam trading?
Secara umumnya, definisi disiplin boleh dsimpulkan sebagai pengulangan beberapa tindakan yang disengajakan untuk mencapai kecemerlangan. Selalunya tindakan ini sukar dan tidak menyenangkan, dan ia memerlukan sedikit usaha.
Justeru, dua komponen disiplin tersebut ialah:
Disiplin adalah asas bagi mana-mana kerja yang berjaya, dan tidak terkecuali dalam trading juga. Pertama sekali, ia adalah mematuhi prinsip-prinsip strategi trading dan pengurusan risiko yang digariskan oleh sang trader itu sendiri. Selalunya, perubahan di pasaran boleh membawa kepada keputusan dan tindakan yang tergesa-gesa yang didorong oleh intensiti emosi pada ketika itu. Dalam situasi ini, keupayaan untuk mengekang impuls anda dan mengikuti rancangan yang telah ditetapkan adalah sangat penting, iaitu untuk mengekalkan disiplin.
Mengapa penting untuk berdisiplin dalam trading?
Seperti yang kita tahu, intipati trading adalah menganalisis pasaran secara berterusan untuk membuat urusniaga yang paling menguntungkan. Berdasarkan analisis ini, trader merangka strategi beliau, dengan mengambil kira matlamat dan kepentingan beliau, serta pengalaman para profesional.
Disiplin penting seawal peringkat penyelidikan bilamana asas teori mesti diterokai dengan objektif dan metodikal sebelum beralih ke amali. Kelompongan dalam pengetahuan yang berlaku disebabkan oleh kemalasan atau tergesa-gesa boleh membawa kepada natijah yang buruk.
Selepas anda membina asas teori anda, apabila anda sudah cukup yakin, anda boleh meneruskan dengan mengaplikasikan strategi anda menjadi amali. Dalam kes ini, disiplin membantu anda mematuhi strategi yang telah anda bangunkan untuk diri sendiri dan tidak tergoda untuk menyimpang dari jalur tersebut.
Di samping itu, sepanjang kerjaya seorang trader, mereka perlu terus belajar, meneroka peluang-peluang baru, dan menganalisis kejayaan dan kegagalan mereka sendiri. Hanya pendekatan yang berdisiplin untuk memperbaiki diri mampu membawa anda kepada kejayaan.

Apakah kesan apabila tidak berdisiplin dalam trading?
Pertama sekali, disiplin membantu trader mengawal emosi mereka, kerana keputusan yang terburu-buru membawa kepada kesilapan. Untuk gambaran yang lebih jelas, mari kita lihat apa akibat-akibat yang boleh terjadi kesan dari kesilapan tersebut.
Overtrading
Overtrading adalah salah satu kesilapan yang paling biasa dilakukan oleh kedua-dua kategori trader, iaitu trader pemula dan trader yang berpengalaman. Seperti yang anda boleh teka daripada namanya, intipati fenomena ini adalah trading secara berlebihan. Trader sama ada membuka terlalu banyak urusniaga yang bukan sebahagian daripada pelan trading, atau membuka urusniaga yang risikonya berlebihan daripada yang boleh diterima. Lumrahnya, ini membawa kepada kerugian.
Kesilapan ini seringkali disebabkan oleh penyimpangan daripada strategi trading, dan kegagalan trader untuk mengikuti peraturan yang mereka cipta untuk diri mereka sendiri.
Berurusniaga dengan cuai
Kesilapan ini sangat lazim dalam kalangan pemula, tetapi tiada siapa yang kebal terhadapnya. Sebarang operasi trading haruslah berlandaskan data-data analisis, bukan kerana impuls hawa nafsu. Namun ada situasi bilamana trader kalah dengan nafsunya dan berurusniaga dengan terburu-buru.