Apakah itu deposit
Perdagangan dalam talian melibatkan penggunaan wang anda sendiri untuk membuka posisi anda. Anda tambahkan (depositkan) wang ke dalam akaun anda di sebuah broker. Anda boleh fikirkan akaun ini sebagai dompet anda: anda keluarkan wang daripada dompet apabila anda mahu membayar untuk sesuatu (untuk membuka posisi anda), dan wang dimasukkan ke dalam akaun ini anda apabila anda menghasilkan keuntungan.
Proses menambah wang ke akaun anda dipanggil deposit. Selepas anda deposit wang ke akaun anda dengan FBS, anda boleh menggunakannya untuk urusniaga perdagangan.
FBS menyediakan alatan untuk membuat deposit yang lancar dan pantas, tetapi anda sentiasa boleh menghubungi khidmat sokongan jika anda perlukan bantuan dengan proses tersebut.
Syarat-syarat deposit di FBS
Di FBS, anda boleh depositkan wang ke dalam akaun anda melalui bank tempatan, pelbagai penyedia pembayaran dalam talian (Neteller, PerfectMoney, dsb.), kad bank, dll. Penyedia pembayaran tertentu mungkin mengenakan komisen, tetapi FBS memberi pampasan untuk komisen, jadi deposit dengan kebanyakan penyedia perkhidmatan adalah percuma untuk pelanggan. FBS juga tidak mengenakan sebarang yuran atau komisen tambahan.
Apa yang anda perlu tahu tentang deposit di FBS:
Jumlah minimum ialah $5
200+ penyedia pembayaran disokong
Kebanyakan deposit diproses dengan segera (jika anda menggunakan pindahan bank, masa bergantung pada bank anda)
0% komisen
Anda boleh menggunakan matawang tempatan anda untuk membuat deposit
Cara mendepositkan wang
FBS menawarkan dua pilihan kepada pelanggan untuk mendepositkan wang:
Aplikasi mudah alih FBS
FBS telah membangunkan aplikasi mudah alih semua dalam satu yang menjadikan perdagangan dan pengurusan baki sesuatu yang pantas, jelas dan mesra pengguna. Kami mencadangkan penggunaan aplikasi ini untuk pengurusan baki, termasuk deposit.Laman Pedagang di FBS.com
Bagi pengguna yang lebih suka menjalankan urusniaga pada desktop, terdapat pilihan untuk melakukan segala-galanya melalui pelayar web.
Ikuti langkah-langkah ini untuk mendepositkan wang bergantung pada penyedia pembayaran yang anda pilih untuk membuat deposit. Secara keseluruhan, prosesnya adalah seperti berikut:
Jika anda lebih suka belajar melalui video, lihat pelajaran kami untuk menguasai asas-asas dalam menyediakan perdagangan anda dengan mudah.