Purata bergerak adalah alat yang kerap digunakan dalam strategi perdagangan. Apabila digunakan dengan pengetahuan yang betul, ia mampu memberi kelebihan yang besar kepada pedagang. Artikel ini meliputi perbezaan antara EMA dan SMA, pengiraan Purata Bergerak Eksponen, penetapan EMA untuk perdagangan, dan penggunaan strategi berasaskan EMA.
Apakah itu Purata Bergerak Ringkas?
Simple Moving Average (SMA) atau Purata Bergerak Ringkas menunjukkan purata julat harga yang tertentu. Ia dikira dengan menambahkan harga yang terkini dan membahagikan hasil tadi dengan bilangan tempoh.
Apakah itu Purata Bergerak Eksponen?
SMA memberikan pemberat yang saksama untuk semua nilai, manakala Exponential Moving Average (EMA) atau Purata Bergerak Eksponen memberikan pemberat yang lebih tinggi kepada harga terkini. Oleh kerana EMA memberikan pemberat lebih tinggi kepada data semasa berbanding data lama, ia lebih reaktif kepada perubahan harga terkini berbanding SMA. Untuk sebab ini, sesetengah pedagang cenderung memilh jenis purata bergerak ini.
Dua lagi jenis purata bergerak ialah Smoothed (Terlicin) dan Linear Weighted (Berwajaran Linear). Perbezaan utama antara jenis-jenis purata bergerak ini terletak pada sensitiviti terhadap perubahan dalam data yang digunakan dalam pengiraan mereka.
Purata Bergerak Ringkas vs. Eksponen
Kedua-dua EMA dan SMA ialah indikator teknikal, yang menggunakan data silam untuk menjana garisan trend yang licin untuk harga sekuriti. Tetapi, apakah perbezaan antara kedua-duanya?
EMA meletakkan pemberat yang lebih besar pada harga terkini, manakala SMA meletakkan pemberat yang sama pada semua titik data, kerana ini garisan EMA bertukar lebih pantas berbanding garisan SMA.
Purata bergerak optimum untuk digunakan dalam analisis anda bergantung pada strategi perdagangan anda. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk tahu bahawa tiada satu purata bergerak yang lebih baik daripada yang lain. Sebagai contoh, walaupun EMA ialah representasi tepat pergerakan harga terkini dan membantu mengenal pasti trend dengan lebih cepat, ia juga mengalami lebih banyak turun naik jangka pendek berbanding SMA.
Bagaimana cara mengira Purata Bergerak Eksponen (EMA)
Pengiraan EMA adalah sedikit lebih rumit berbanding pengiraan SMA:
- Kira Purata Bergerak Ringkas.
SMA - jumlah harga penutupan untuk bilangan tempoh / bilangan tempoh
- Kira pengganda untuk faktor pelicinan/pemberat untuk EMA sebelumnya.
Pengganda = 2 / (bilangan tempoh + 1)
- Dapatkan Purata Bergerak Eksponen untuk tempoh semasa.
EMA untuk tempoh semasa = (harga penutupan - EMA untuk tempoh sebelumnya) * pengganda + EMA (tempoh sebelumnya)
Anda boleh menggunakan SMA sebagai EMA untuk tempoh sebelumnya jika anda mengira EMA buat kali pertama.
Walaupun sistem ini kelihatan rumit, berita baiknya ialah sekarang komputer melakukan semua kerja pengiraan purata bergerak untuk kita, jadi anda tidak perlu melakukan semua pengiraan itu sendiri.
Ingin memahami lebih lanjut tentang cara alat-alat ini berfungsi dan cara menggunakannya dalam urusniaga sebenar?
Mulakan dengan kursus perdagangan percuma kami untuk mempelajari asas dan membina strategi anda langkah demi langkah.