Ada terlalu banyak faktor yang mempengaruhi pasaran kewangan sehingga kadangkala mustahil untuk meramalkan dengan tepat ke mana harga akan bergerak seterusnya. Ramai pedagang yang kehilangan wang hasil titik peluh mereka akibat swing harga yang tidak dijangka. Ada yang beralih kepada rangka masa yang lebih kecil dan perdagangan scalping untuk mengurangkan risiko terdedah kepada turun naik harga yang ketara.
Dalam artikel ini, anda akan mempelajari apa itu scalping, apakah indikator-indikator yang digunakan oleh scalper dan bagaimana cara menggunakan indikator-indikator ini dalam strategi perdagangan scalping.
Apakah itu scalping?
Scalping ialah strategi perdagangan intrahari jangka pendek yang melibatkan penjanaan keuntungan daripada perubahan harga yang sangat kecil. Pedagang yang menggunakan strategi ini dipanggil scalper, dan matlamat utama mereka adalah untuk mendapatkan wang daripada sebilangan besar urusniaga kecil yang sukses dan bukannya bergantung kepada beberapa urusniaga yang lebih besar dan berlangsung lama. Setiap urusniaga berlangsung antara beberapa saat hingga sejam, dan jumlah urusniaga yang dibuat oleh seseorang scalper dalam sehari adalah antara 10 hingga ratusan, bergantung pada sama ada seseorang scalper berdagang secara manual atau menggunakan perisian perdagangan automatik.
Perkara utama yang menarik pedagang kepada strategi ini adalah menangkap dan membuat keuntungan daripada pergerakan harga yang kecil adalah lebih mudah berbanding dengan pergerakan yang besar. Perubahan kecil harga berlaku dengan lebih kerap, dan memandangkan setiap urusniaga berlangsung dalam masa yang singkat, risiko untuk berhadapan dengan peristiwa buruk yang boleh membawa kepada pergerakan harga yang tidak diingini jauh lebih rendah.
Bagaimana scalping berfungsi?
Walaupun scalping dianggap kurang berisiko berbanding strategi yang berlangsung dalam tempoh yang lebih panjang, ia hanya berfungsi dengan baik jika pedagang mempunyai pelan perdagangan yang kukuh dan disiplin yang ketat. Oleh itu, ia lebih sesuai untuk pedagang yang berpengalaman.
Sebelum membuka urusniaga, scalper perlu menentukan titik masuk, sasaran keuntungan dan aras sasaran keuntungan dan kerugian. Setelah perkara ini dilakukan, adalah penting untuk berpegang pada perancangan tersebut. Jika harga mencapai sasaran keuntungan tersebut, scalper akan sentiasa menutup urusniaga tersebut walaupun ada peluang untuk harga naik lebih banyak lagi. Dalam masa yang sama, jika harga mencecah aras sasaran keuntungan dan kerugian, mereka menutup urusniaga tanpa menunggu harga melantun semula. Dengan melakukan perkara ini, ia mengurangkan risiko terdedah kepada pergerakan pasaran yang tidak dijangka dan tidak diingini dan menjadikan scalping lebih rendah risikonya berbanding strategi perdagangan yang lain.
Untuk merancang urusniaga yang berjaya, scalper perlu memahami ke mana pasaran akan tujui seterusnya, jadi mereka menggunakan banyak indikator analisis teknikal, mengkaji carta-carta harga jangka pendek (1-5 minit), memahami psikologi pedagang dan apa langkah mereka yang seterusnya bergantung pada keadaan pasaran semasa.
Kelebihan dan kekurangan scalping
Seperti mana-mana gaya perdagangan lain, scalping juga mempunyai senarai kebaikan dan keburukan yang membuatkan para pedagang sama ada tertarik untuk menggunakannya atau menghindarinya.
Antara kelebihan scalping adalah seperti yang berikut:
Risiko yang lebih rendah. Scalper membuat keuntungan daripada gerakan-gerakan kecil harga yang berlaku dalam satu tempoh masa yang minimum. Walaupun harga bergerak melawan pedagang, ia tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk bergerak di luar julat kerugian dan keuntungan yang telah ditetapkan, yang menghadkan kerugian yang boleh dialami oleh scalper.
Potensi keuntungan. Sekiranya scalper berpegang pada rancangan perdagangan mereka yang terperinci dan berdagang dengan volum aset yang besar, mereka boleh memperolehi keuntungan yang tinggi di penghujung hari.
Tidak perlu mengikuti fundamental. Perdagangan fundamental termasuklah mengikuti berita, peristiwa dan laporan statistik ekonomi yang mempengaruhi nilai aset untuk menentukan masa yang terbaik untuk membeli atau menjualnya. Walau bagaimanapun, oleh kerana scalper membuat keuntungan daripada turun naik harga yang kecil, mereka tidak perlu mengikuti fundamental kerana ia tidak memberi kesan dalam rangka masa yang singkat.
Berfungsi dalam kedua-dua arah. Dengan scalping, anda boleh berdagang dalam kedua-dua pasaran bull dan bear. Oleh itu, scalper ada lebih banyak peluang untuk mendapatkan keuntungan dari perubahan harga.
Ia boleh diautomasikan. Scalping memerlukan ketepatan dan pengaturan masa yang baik kerana kelewatan walau sesaat pun boleh menjejaskan perdagangan anda. Mujurlah pedagang boleh menggunakan perisian perdagangan automatik untuk menghantar pesanan perdagangan ketika harga mencapai salah satu sasaran dan memanfaatkan setiap perdagangan dengan sepenuhnya.
Walau bagaimanapun, terdapat kelemahan tertentu yang perlu dipertimbangkan oleh pedagang sebelum memutuskan untuk menyepadukan strategi ini ke dalam perdagangan mereka.
Perlukan banyak pengalaman dan masa. Walaupun scalping mungkin kelihatan mudah, ia adalah strategi perdagangan lanjutan yang memerlukan pemahaman yang baik tentang pasaran dan bagaimana ia bergerak. Seorang pemula mungkin merasakan bahawa beliau sukar untuk mematuhi rancangan perdagangan yang ketat/tegas dan memantau beberapa urusniaga selama berjam-jam setiap hari. Pedagang yang berpengalaman, sebaliknya, mempunyai disiplin yang lebih baik, lebih berpengalaman, dan memiliki dana untuk mengikuti pergerakan pasaran yang sentiasa berubah.
Kos transaksi. Seperti pedagang yang lain, scalper perlu membayar komisen atau spread untuk setiap perdagangan yang mereka laksanakan. Oleh kerana scalper melakukan lebih banyak urusniaga berbanding pedagang yang lain, kos boleh meningkat dan memakan keuntungan yang mereka perolehi daripada dagangan tersebut.
Isu-isu teknikal. Seperti yang telah kami nyatakan, kelewatan walau sesaat pun mampu menjejaskan kesudahan suatu urusniaga. Namun, bukan semua kelewatan adalah disebabkan oleh pedagang. Sambungan internet yang buruk, isu platform, dan lain-lain lagi, boleh menyebabkan kegelinciran (slippage) dan kelewatan dalam pelaksanaan, mengubah suatu urusniaga yang berpotensi besar menjadi satu kegagalan. Ini boleh dielakkan dengan menggunakan perisian perdagangan automatik dan VPS, tetapi pedagang yang tidak mempunyai akses kepada alat-alat ini harus berhati-hati dengan scalping.
Berfikir untuk mencuba scalping, atau strategi lain?
Mulakan dengan perkara asas dalam kursus perdagangan dalam talian percuma kami. Ia akan membantu anda memahami pasaran, mengurus risiko dengan lebih baik, dan mencari pendekatan perdagangan yang sesuai untuk anda.